ANTARA 2 BENUA (DAY 9- CAPPADOCIA)

Good Morning Cappadocia

Lepas subuh walaupun mata mintak bantal, tapi kami gagahkan jugak meredah kesejukkan di atas roof top bumbung hotel demi berkeping-keping gambar. The moment ko tengok belon panas di udara rasa macam duduk dalam alam lain baq ang. Cantik yakmat. Tapi suasana ni sekejap je sebab belon makin lama makin menjauh. Jadi kita kena cepat & pantas. Nasib baik la camera zaman ni tak pakai kodak. Aku tak naik belon panas sebab harga boleh dapat tiket p europe patah balik dari istanbul. Nanti kang Mr Pappi yang tertinggal kat Mesia tu lagi patah hati tengok gambaq aku ataih belon.

Lepas makan breakfast yang disediakan di hotel, kami sambung balik tidur sampai ke zohor. Letih sampai tengah malam tadi belum habis. Jadi kami decided nak ambik late lunch je petang nanti sambil jalan-jalan sekitar pekan Cappadocia. DiCappadocia ni sebenarnya agak mahal cost makan & cost cenderamata dia berbanding dengan di Istanbul. Maklumlah tempat peranginan kan. Jadi kami banyak spend duit ke makan sahaja. Untuk shopping lebih-lebih kita tunggu je kat Istanbul.

Bagi yang gemar aktiviti lasak & adventure terdapat pelbagai aktiviti kat sini. Selain belon panas angpa boleh jugak main atv, hiking, naik kuda, pergi tempat-tempat bersejarah. Hari-hari hujung ni aku just nak releks-releks je sambil makan-makan & minum chai. Malas nak buat aktiviti lasak. Esok-esok ada rezeki kita mai lagi dengan boifren i yang tak habis-habis dok kata you nye perangai kalau p travel memang takkan p balik dah tempat tu lagi kalau tak suka. So dia risau aku takkan repeat dah tempat tu kalau dah pergi. Jadi aku reserve dulu benda-benda yang tak buat tu dalam trip ni demi permintaan boifren tercinta. Gitewww. Marilah kita melayan gambaq feeling-feeling kami.

Lunch pada hari ni berjumlah 190 lira. Bahagi 4 orang dikira masih lagi affordable
Interior dalam kedai
Lepas makan kita pun sidai perut sebelum naik kereta kuda
Selain round-raound dalam pekan ni, pakcik kete kuda ni bawak kami ke kandang kuda untuk beramas mesra dengan kuda-kuda dia.
Lepas round-round dalam pekan, kami balik ke hotel feeling-feeling anak orang kaya duduk kat atas roof top sambil tengok matahari terbenam. Takdak sapa pun atas tu sebab kami berempat je yang berkulit biawak. Bawak selimut sorang satu pun terasa sejuk sampai ke tulang. Semoga lemak-lemak aku terbakar hendaknya
Sangat sunyi petang-petang macam ni layan sunset & minum chai panas

Malam nya kami dinner dekat kedai di pekan. Jalan kaki dalam sejuk kalau ikutkan hati nak duduk dalam selimut je, tapi ni bukan trip honeymoon. Rugi…jadi marilah kita mencari pottery beef yang dikhabarkan femes di Cappadocia ni. Pottery beef ni sejenis beef yang dimasak di dalam bekas tanah liat. Masa nak makan tu kena ketuk-ketuk bekas tanah liat tu sampai pecah, lalu keluarlah beef & gravy yang sedap tu. Beef depa seperti biasa memang sedap yakmat. Makan dengan pilaf rice, nasi sticky-sticky yang dimasak dengan kacang kuda. Memang boleh lajak 2 pinggan. Selain daripada tu seperti biasa roti memang bagi free. Lepas makan kita pekena chai. Masa jalan kaki balik ke hotel mencungap naik bukit. Bak kata lia seperti membawa 2 ekor anak ibab di dalam perut.

Keesokkan harinya adalah hari terakhir di Cappadocia sebelum flight kami ke Istanbul pada pukul 2 petang. Sempat lah berkejaran mengambil gambar belon panas sekali lagi dengan baju melayu & baju kurung di atas roof top.
Feeling-feeling photoshoot raya di dalam kawasan hotel

Dari hotel ke airport kami menaiki method yang sama macam datang hari tu. Kali ni kami ambik flight daripada Nevsehir. Naik turkish airline, dapat lah sandwich & air mineral. Airport Nevsehir ni kecik sikit daripada Kayseri. Nak check in masuk beratoq sampai keluaq. Flight kami touch down dekat istanbul airport. Masa ni airport baru belum bukak lagi. Tapi masa nak balik dari Istanbul ke Singapore nanti, kami akan menggunakan airport baru. Tunggu na cerita seterusnya. Hello Istanbul…..jumpa lagi kita. Tak sabaq nak jumpa Simit dan Balik Ekmek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s