Antara 2 Benua (Day 8- Cappadocia)

Day 8- 3 April 2019

Manisnya Cinta di Cappadocia – Giteww

Dari benua eropah kami bergerak ke masih lagi di dalam benua eropah tapi negara ni special sikit sebab dia terletak di antara benua eropah dan benua asia. Semua orang tau kot mana lagi kalau bukan turki negara yang kaya dengan sejarah kerajaan uthmaniyah yang berjaya menyebarkan islam di eropah. Masuk ni kali ke 3 aku akan menjejakkan kaki ke Istanbul. Memang takkan jemu sampai bila-bila, bersusun list-list bazaar, kedai makan yang aku nak repeat semula. Tapi sebelum nak sampai ke Istanbul tu kami nyaris-nyaris nak kena tinggal dengan flight. Bukan sebab kami lambat yek, kami awal gile-gile sampai kat airport. Yang menyebabkan kami kalut bila lagi sejam nak boarding sapa sekor pun takde kat gate kecuali kami & dua tiga orang lain yang agaknya macam kami.

Nasib baik aku bangun berjalan-jalan ke gate lain sebab rasa tak sedap hati selalunya nak boarding segala staff airport akan ready kat pintu. Ni senyap je gate ni. Aku terpandang papan elektronik yang kata gate ke Istanbul Pegasus Airline dah TUKAR KE GATE LAIN. Status di papan tu pulak FINAL CALL. Naharom….haram ko tak buat announcement pun kata gate tukar. Apa lagi aku bertukar menjadi watson nyambek mendapatkan syai & zam yang ada dekat gate. Lia pulak takde. Syai kata lia pergi toilet. Bertukar pulak syai jadi watson nyambek berlari ke toilet. Sampai kat toilet syai dah jerit panggil nama lia. Lia kata ni mesti ada apa-apa ni, nasib baik sempat menyudahkan business dia. Kalau tengah teran pun aku suruh dia postpone balik. Sudahkan dalam flight je nanti tu pun kalau tak kena tinggal flight le. Menyumpah aku dalam hati, new gate tu jauh kot dekat wing sebelah. Zam mendahului dulu, diikuti oleh aku, tapi dipertengahan jalan syai & lia potong aku, tapi lepas tu baru derang realised yang derang dah potong aku lepas tu tak tau nak pergi gate mana. Derang patah balik cari aku. Dalam hati aku potong aku konon pastu tak tau gate mana.

Sampai wing sebelah nak masuk ke gate tu kena scan balik dan paling hanat orang ramai sampai 3-4 line. Mintak ehsan orang kata flight nak depart dah, tapi nasib baik ada annoucement kata flight istanbul datang line khas. Fuh nasib baik. Lepas scan apa bagai, bus dah tunggu kat luar gate sebab maklum lah flight tambang murah parking dia bukan depan gate. Sampai je kaki dalam bus tu ke empat-empat kami rasa nak menjerit & hampir-hampir le nak bersorak disamping mengutuk airport punya besar tapi tak reti nak buat announcement. Menyumpah seranah macam apa dah tapi lepas tu gelak.

Posing lega la kan nyaris tak kena tinggal flight

Syaini kata dia memang ada rasa tak sedap hati dengan flight Pegasus ni bila dia google Pegasus skali keluar gambar flight tersadai kat gunung. Jadi sepanjang perjalanan dari Prague ke Istanbul tak putus-putus dia berzikir. Bagus Syani ni antara kami dia paling alim, tapi bila aku tengok gambar ni aku mushkil betui ka dia cakap ni. Sembang kari jugak dia ni.

Kusyuk no Syani berzikir

Akhirnya kami berjaya masuk ke ruang udara benua eropah / asia yang mana lokasi ni menjadi wishlist zam, syai & lia. Cheq ni pemandu pelancong depa ja. Cuma nya kali ni kita lajak skit ke Cappadocia. Tapi nasihat aku kalau nak ke tempat romantik mantik macam Cappadocia ni sila bawak somi masing-masing. Agak nyesal jugak le sejuk-sejuk dalam hotel gua batu tu ko tengok lia kat sebelah. Jadah hapanya nak peluk si Jamaliah ni. Untong la kan Syai & Zam bleh feeling-feeling honeymoon.

Hello Sabiha …. jumpa lagi kita

Flight dari Prague ke Istanbul touchdown dekat Sabiha Airport. Dari Sabiha kami ambik another flight ke Kayseri. Sampai Kayseri Airport ada van yang akan tunggu. Van ni kami dah arrange dengan orang hotel. Orang van akan ambik semua penumpang yang dah booked & hantar ke hotel masing-masing. Kami memilih Harman Cave Hotel, penginapan 2 malam termasuk breakfast RM 250 seorang. Airport transfer pulak lebih kurang 30 lira seorang. Sampai dekat hotel dah tengah malam, masuk bilik memang puas hati. Bilik dia amat sesuai lah untuk yang nak honeymoon.

Bilik Queen
Counter Top, Basin & Toiletries

Maka terbungkang lah kepenatan sorang-sorang bawah selimut tebal. Tapi tak boleh nak lena sangat sebab esok pagi nak bangun awai, nak ambik gambar belon terbang di roof top hotel ni. Lepas tu tak sabar nak makan breakfast turkish yang melambak-lambak cheese & bread di samping chai. Oh i love turkish breakfast sebab aku suka cheese, roti & macam-macam jem. Oh orange juice depa dilupa jangan. Sedap oiiii. Selain dari tu Minemen pun favourite aku kalau breakfasrt kat turki ni. Minemen ni cicah dengan roti mau lajak 3 bakul. Roti free boleh refill banyak kali. Balik dari turki tu siap la kena mintak extra seatbelt la kan.

Hokey marilah kita berehat. Esok nantikan gambar-gambar tak larat nak muntah kami sepanjang di Cappadocia. Seperti biasa, gambar-gambar makanan akan penuh, maklomlah dah boleh sebat daging.Jumpa lagi daaaa (dah 2 tahun nye trip baru nak update. Kah kah kah….naharom)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s