Day 4 – 30 March 2019
Pukol 7 pagi dah start keluar dari BNB menuju ke Cesky Castle yang terletak di belakang rumah ni. Sejuk yak mat jangan cakap le, tapi sangat-sangat refreshing. Kami perlu memanjat sikit bukit untuk sampai ke port yang femes orang ambik gambar tu. Oleh kerana masih lagi bulan March, kebanyakkan istana di buka pada april on wards. Jadi kami hanya bersiar-siar di kawasan taman dan luar istana. Dari atas Castle ni kita boleh nampak keseluruhan old town yang terletak di tepi tebing sungai. Cantik gile & magical sangat. Berhadapan dengan castle ni ada taman. Masa kami sampai di Castle ni dah ada a few people yang lagi awal dari kami. Rupa nya depa ni mai nak shooting. Patut la lagi awai sampai. Dekat taman pulak memang takdak sapa pon. Ada le dalam 5 orang je masa tu. Lama jugak kami melepak dekat taman ni sebab nak tunggu kedai bukak. Sempat lah kan buat video feeling-feeling cantik. Rajin la hai si Zam melayan 3 orang budak debab ni. Jom layan gambar feeling-feeling kami.




Kami memilih untuk makan ringan-ringan dulu sebelum makan yang heavy. Pilihan pertama kami adalah Cafe Masna 130 yang kami jumpa semalam semasa menuruni bukit dari bus station ke BNB. Cafe ni terletak di dalam old town bersebelahan dengan sungai. Owner sangat peramah. Dia yang suggest suruh try dessert yang dia buat. Aku pilih open sandwich with beetroot spread and feta cheese. Surprisingly beetroot spread tu sedap namati, really creamy & tak rasa langsung rasa ala-ala tanah tipikal beetroot. Combination pink & putih from feta cheese tu menaikkan selera. Yang lain-lain masing-masib try dessert yang owner suggest tadi.
Ok toilet dia cantik gile. Terletak basement iaitu di bawah cafe ni. Ada tangga di dalam cafe untuk turun ke basement. Memang aku suka gila kot structure yang di perbuat daripada batu-batu yang berumur beratus-ratus tahun ni. Toilet jenis moden tapi masih mengekalkan wall & structure lama yang mempunyai arch, stone & floor finishes yang juga daripada batu asal. Sebab tu lah aku suka sangat dengan europe…cobble street, wall stone, arch & exposed column/beam…argh….rustic gile.



Seterusnya….lepas minum kopi, kami ke restaurant yang betul-betul mengadap sungai. Nama kedai ni Laibon, salah satu vegetarian restaurant yang terdapat di sini. Salah sorang staff terlebih peramah…aku rasa macam tak abis lagi hangover dia ni, pening ada lagi kot. Tapi kedai ni cantik, deco yang unik & seperti biasa aku cek jugak toilet dia. Cantik tapi had kedai tadi lagi unik. Meja makan ada yang terletak di dalam dan di luar kedai. kami memilih untuk duduk di tepi sungai. Derang ada menyediakan selimut bagi yang duduk akan di luar. Kami order apa yang staff kedai ni suggest. Menu-menu yang kami try Bryndzove halusky se zelim ( traditional sheep cheese, cabbage & garnish). Berbelit lidah nak nyebut nye tapi sebenaqnya kobis & cheese je. Yang ni katanya makanan asal di sini. Rasa dia biasa-biasa je bagi aku. Lepas tu lia pilih fried cheese and vege wrapped in spiced dough. Yang ni sedap….nampak macam daging asak kicap. Aku pilih vege served with yogurt lentil & dhal. Sedap sungguh nampak macam sotong celop tepung. Syai pilih roasted champignons with caraway seeds, walnuts, olives, cumin, raisins and tamari. Sedap jugak tapi champignons tu sikit sangat untuk selera kami yang besar ni. Semua dish ada nasi kecuali kobis tadi. Soup of the day adalah peanut soup. Katanya kena try sebab ni makanan tradisi di sini. Rasa dia biasa-biasa je la….10 kali sedap sop ekor kedai siam. Untuk bagi rasa pedas dia ada bagi cili kisar dengan olive oil. Katanya pedas…tapi biasalah pedas tara depa lah kan. Ok lah saja je nak merasa makanan tradisi derang dalam version vegetarian. Kalau meat yang betul mungkin lagi sedap le kot.


Selesai makan kami ke museum-museum yang ada di old town ni. Ada museum yang free ada yang kena bayar. Syaini & zam masuk ke museum tortury & museum lilin. Aku tak masuk dah museum lilin tu sebab dah pernah masuk kat Amsterdam dulu. Dua-dua museum tu kena bayar. Jadi sementara menunggu derang masuk, aku dengan lia berjalan-jalan sekitar old town & haruslah masuk ke kedai kopi lain pulak. Syaini punya sistem pencernaan sangat efektif le. Tujuan utama dia nak masuk ke Tortury museum tu sebab tak tahan nak memerut. Patut la nampak kalut nak masuk sangat-sangat dalam museum tu.


Sebenarnya ada cerita pasal bon bon dalam travel trip kami ni. Nanti bila dah sampai ke peristiwa bon bon tu aku cerita. Bon bon ni takde kat sini tapi ada dekat tempat yang akan kami pergi nanti. Masa dekat sini charger phone lia pulak problem, jadi kami ke kedai ala-ala tesco yang berada di sini. Baru pukul 4 kot, rupanya weekend kedai bukak sampai pukol 11.30 pagi je. Ohoi….best nye laaaa keje macam ni. Bukan kedai ala-ala tesco je tutop awal, kedai barang elektronik pon sama.

Dalam perjalanan balik ke BNB kami singgah kedai cenderamata yang terdapat di sini. Salah satu kedai yang aku masuk ni sebenarnya dia jual lukisan, tapi terdapat lukisan yang dia print ada defect. Jadi dia jual jugak dengan harga yang murah. Selain daripada lukisan dia ada jugak jual poskad dan mug sebagai cendaramata. Corak yang dilukis adalah corak-corak yang menggambarkan Cesky Krumlov seperti Castle & itik. Iye sini banyak itik berkeliaran di dalam sungai. Oleh kerana ada mug yang dijual dengan harga markdown, aku beli la 2 pcs. Nak beli banyak karang siksa pulak nak angkut. Defect dia color on the painting je pun. Mug semua dalam keadaan baik. Harga 2 psc tu 100 czh iaitu dalam 18 ringgit.
Petang di Cesky ni kami habiskan dengan duduk lepak di bench tepi sungai sambil tengok itik. Bangunan di sekitar tebing sungai ni di hiasi dengan lukisan-lukisan & hiasan-hiasan unik di tepi dinding. Sangat kreatif.
Esok pagi sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami nak ke kawasan luar old town. Ada satu kedai elektronik yang bukak esok nak cari charger. Tapi kan….niat nak beli charger je, end up terbeli benda lain yang membuatkan aku menjinjit plastik 2-3 bijik kiri dan kanan. Murah yakmat wey…apa lagi…borong la. Tunggu na next story.