Hyderabad The Land Of Baigan – Day 4

28 Mac 2015

Klik cite sebelum nya di sini.

Hari ke 4 di Hyderabad…..tu dia…lama no nak tunggu mood mari untuk update next story kan. Kemalasan tahap maksima nampaknya. Ok lah hari ke 4 ni plan nye ke Golconda Fort & Tomb. Dua-dua kawasan ni terletak berdekatan dan di dalam satu kampong yang sama. Plan nya malam ni nak tengok Golconda Show dekat Golconda Fort. Jadi kami pergi melawat tomb dulu baru lah ke Golconda.

Untuk info lebih lanjut ape kebendanya Golconda Fort ni boleh la rujuk wiki. Tapi aku ringkaskan Golconda ni Fort yang dibina pada zaman kegemilangan raja-raja Qutb Shahi pada tahun 1500. Tu diaaa…..500 tahun punye sejarah. Golconda ni terletak di kawasan barat Hyderabad. Apa yang membuatkan Golconda ni femes ialah kawasan ini sangat kaya dengan sumber mineral asli seperti batu permata yang terkenal di dunia. Dalam kata lain Gred A punya permata. Menurut tourist guard yang kami ambik masa kami tour Golconda tu (which is only Sheema & Sara je yang gigih tour sampai abis Golconda tu. The rest bentang tikaq dok atas padang. En Toy tour sendiri) saki baki batu permata tu masih tersimpan lagi di dalam Golconda Fort ni sehingga kini. Masa awal-awal tour tourist guard kami buat demo magical akustik sistem dekat pintu gerbang masuk pertama ke Golconda Fort. Pada masa dulu, pak guard istana akan bagi sign tepok tangan kat pintu masuk ni untuk panggil pak guard kat atas bukit golconda yang menempatkan istana raja. Jarak dia lebih kurang 90 m denga ketinggian 300 kaki. Rekabentuk dinding-dinding fort ni berupaya untuk memerangkap bunyi supaya boleh didengar oleh pengawal kat atas bukit. Selain daripada tu salah satu bilik kat dalam istana ni bila kita berbisik dekat tiang A, kawan kita boleh dengar apa yang kita bisikkan tu kat Tiang B yang terletak bertentangan antara satu sama lain. Itu yang membuat kan Fort ni femes. Belanja dulu 1 gambo. (Tadi kata nak ringkaskan…tapi terbanyak pulak idea)

Situ lah terletak nya istana raja yang depa panggil guard depa guna tepok-tepok tangan je. (Bukan tepok amai-amai)

Situ lah terletak nya istana raja yang depa panggil guard depa guna tepok-tepok tangan je. (Bukan tepok amai-amai)

Tapi sebelom kita explore Golconda Fort, nak cite pagi ni kami pergi Tomb Qutb Shahi dulu. Jarak antara fort ke tomb lebih kurang 2km. Dipercayai terdapat satu terowong bawah tanah yang menghubungkan kedua-dua tempat ni pada masa tu. Terowong tu bermula dari bilik bawah tanah berdekatan tempat raja-raja dimandikan sesudah mangkat. Lepas tu derang akan melalui terowong tu untuk ke Tomb untuk dikebumikan. Kalau Fort ni dah buat aku kagum….tomb dia lagi la bertambah kagum. Seluruh keluarga Qutb Shahi disemadikan kat sini. Apa yang buat aku kagum besar tomb tu dah sama besar dengan satu bijik banglo. Besaq bang ang. Sekali lagi ternganga tengok rekabentuk & detials arch dia.

Tomb of Muhammad Quli Qutb Shah - Sultan ke lima dynasty Qutb Shahi

Tomb of Abdullah  Qutb Shah – Sultan ke tujuh dynasty Qutb Shahi

Masok ke Tomb ni kena bayar. Tiket nye 10 rupees. Kawasan ni sangat luas & jarak antara satu tomb ke tomb yang lain boleh tahan le meleleh peloh-peloh membanjiri ketiak. Tapi nasib baik ada pokok-pokok besar yang boleh kami rest berteduh kalau rasa nak tercabot kaki.

Kalau takmo sesat sila rujuk peta yang ada kat dalam kawasan ni. Nak tanya kat awek dalam gambar ni pon boleh. Dia lama dah bermastautin kat Hyderabad

Kalau takmo sesat sila rujuk peta yang ada kat dalam kawasan ni. Nak tanya kat awek dalam gambar ni pon boleh. Ce tengok cara dia posing tu,  sangat-sangat mengalukan kedatangan hangpa semua.

Kami menghabiskan masa lebih dari setengah hari kat sini. Mana tak nye, kat sini le paling banyak gambar. Letih ambik gambar, teman sara buat sketch sambil-sambil gosip duduk bawah pokok. Ralit duduk kat sini. Redup & berangin. Lagi pon nak pergi ke Golconda tengah-tengahari rembang buat apa. Jom cuci mata dengan gambar-gambar sekitar kawasan tomb.

Tomb ni terbengkalai. Siap Separuh jalan. Tomb ni disemadikan Abul Hasan Tana Shah iaitu raja yang ke 8 & terakhir sebelum Dynasty Qutb Shahi berakhir.

Tomb ni terbengkalai. Siap Separuh jalan. Tomb ni sepatutnya disemadikan Abul Hasan Tana Shah iaitu raja yang ke 8 & terakhir sebelum Dynasty Qutb Shahi berakhir. Walaubagaimanpun raja ni disemadikan di tempat lain dan bukan di makam raja

The twin tomb. Bersemadinya physicians of Sultan Abdullah yang mana menjadi kesayangan sultan. Beliau adalah salah satu golongan bukan dari keturunan raja yang disemadikan di sini

The twin tomb. Bersemadinya physicians of Sultan Abdullah yang mana menjadi kesayangan sultan. Beliau adalah salah satu golongan bukan dari keturunan raja yang disemadikan di sini

Great Mosque

Great Mosque

Sultan Muhammad Qutb Shah's Tomb.

Sultan Muhammad Qutb Shah’s Tomb. Sultan ke lima Dynasty Qutb Shahi

Tomb of Sultan Quli Qutb Shah. Sultan pertama Dynasty Qutb Shah

Tomb of Sultan Quli Qutb Shah. Sultan pertama Dynasty Qutb Shah

Ada 8 semuanya sultan-sultan Qutb Shah ni. Tapi aku tak upload semua sebab nak upload gambaq   kami sepanjang berada kat sini. Sebenarnya setiap inci kawasan dan arch kat sini sangat menarik & fotogenik. Tu yang rasa nak upload semua gambaq-gambaq yang ada. Disebabkan arch dan senibina tomb yang sangat cantik ni, secara automatiknya menjadikan gambar model nya pon cantik. Ke memang model nye fotogenik? (mati laaaa peminat tutop laptop. Nyampah dengo statement aku)

Gitewwww....pose ala-ala sex and the city terlebih sudah.

Gitewwww….pose ala-ala sex and the city terlebih sudah. Meninggei kata sara

Dalam salah satu kawasan hammam

Dalam salah satu kawasan hammam

Bertiga saja. Along & sara dah surrender di bawah pokok. Sara bagi alasan nak sketch, Along nak temankan sara.

Bertiga saja. Along & sara dah surrender di bawah pokok. Sara bagi alasan nak sketch, Along nak temankan sara kengkonon nye

us at tomb 4

Cantik gile arch & detailing dia.

Cantik gile arch & detailing dia….dan model-model nye

tomb 7

Tq Abam photographer

Tq Abam photographer

Lepas puas pose situ sini kami lepak bawah pokok sementara tunggu petang. Dah redup sikit kami pergi ke Golconda Fort. Naik auto kat luar ni je. Dekat je pon, tambang auto 20 rupees sorang. Nak masuk ke Golconda kena beli tiket berharga 100 rupees. Tripod tak boleh bawak. kena sewa kat store yang berharga 20 rupees. Semua korang nak cas. Ampeh. Lepas tu kat dalam kami decided ambik tour agent nak bercerita pasal sejarah Golconda. Tour agent ni kami bayar 450 rupees. Maka berlegar-legar le kami dalam Golconda ni sampai malam sebab nak tunggu show Golconda light & sound. Show ni kena bayar 130 rupees. Cas lagi. Nan hado la korang. Esok lusa nak kentot pon korang cas. Light & sound show ni menggunakan suara latar Amitha Batchan. Show ni menceritakan sejarah sultan-sultan qutb shahi dan macamana terbina nya Golconda. Apa yang menariknya show dibuat di dalam fort itu sendiri iaitu di dalam kawasan istana sultan. Apa yang tak menariknya show tu bosan. Aku tengok dalam youtube ada le part berlakon sebagai sultan. Tapi in reality sekarang ni nan hado. Ada penceritaan minus one je. Lepas tu hala kan lampu-lampu kat kiri kanan, atas bukit, depan belakang. Tu je? Part nanyi tu depa pasang minus one. Lenkali buat la ada penari-penari keluar menari ke. Wey aku masok bayar okey. Aku siap tertido & mimpi along buat lime ice bagi sorang satu. Dah le lapaq & dahaga. Pulak tu tiap kali amitha batchan intro pasal sultan si sara dah histeria tanya woit ni sultan ke berapa dah ni? Semua skali ada 8 sultan yek. Maka bertabah la menjadi makanan nyamuk-nyamuk. Mr Pappi stay kat belakang beramah mesra dengan rakyat tempatan sambil-sambil isap cerut. Cisss….patot dia bleh buat releks je. Kalau tak dia orang pertama berdengkur. Kesimpulannya tak rekemen pon show ni.

Selain daripada show ni, Golconda Fort sangat worth untuk dilawati. Jom layan gambo. Oh ye…terjumpa jugak auntie-auntie dari Malaysia yang kami jumpa kat Ramoji aritu kat sini. Ngalahkan kapal karam le kami nyembang. Dah macam blend with local gaya nye yek. Jom layan gambar.

Istana sultan

Istana sultan

golconda fort 7

Kawasan theater dari atas bukit

Laluan dari main enterance ke istana. Terdapat tiga laluan kalau tak silap iaitu, laluan rakyat biasa, laluan tentera & laluan orang kenamaan

Laluan dari main enterance ke istana. Terdapat tiga laluan kalau tak silap iaitu, laluan rakyat biasa, laluan tentera & laluan orang kenamaan

Tak ingat ni kawasan apa. Ruang penyimpanan kot.

Tak ingat ni kawasan apa. Ruang penyimpanan kot

Tu dia...muka berminyak-minyak dah boleh goreng ikan.

Tu dia…muka berminyak-minyak dah boleh goreng ikan. Ni nama nye pose redha

Abam srk pon nak jugak

Abam srk pon nak jugak. Lepas ni sure buat gambaq profile

Nin dia....heroin abam tadi

Nin dia….heroin abam tadi

Golconda Fort - view at night

Golconda Fort – view at night

Abis je show….terus ambik auto pergi ke town. Kami pergi makan kat shopping mall sebab esok nak balik dah. So boleh la feeling-feeling orang kaya malam ni. Eat like a sultan. Mall dia aku tak ingat dah napa apa. Tapi kat situ ada hard rock cafe. Beli sikit apa yang patot. Tshirt dia murah compare dengan hard rock cafe yang lain. Lepas tu makan dalam mall. Kedai ni kedai orang0orang kaya kot sebab yang mai semua segak-segak pakai formal. Kami je berlemuih & berpeluh ketiak-ketiak. Depa yang mai sini semua merelip sari mari. Cawan dia pon berkilat ala-ala sultan punya cawan dalam cite musang berjanggut. Waiter dia pakai serban tinggi baq ang. Dah la penyambut tetamu tunggu siap-siap depan lif. Siap jemput lagi depan pintu mall.  Mampuih dah…….brapa pulak nak kena ni. Bila tengok harga makanan terkejut. Murah & mampu milik wey. Kami order beriani seafood & ayam. Lepas tu ada lauk apa tah lagi. Total semua 1778 rupees. Bahagi 6 orang dalam 300 rupees iaitu 19 ringgit sorang. (100 rupees = 6.05 rm)

Permaisuri sedang menanti dayang-dayang je rupa lagak nye

Permaisuri sedang menanti dayang-dayang je rupa lagak nye. Tu diaaaa cawan depa. Merelip.

Selepas makan baru perasan ada gajah depan pintu masok

Selepas makan baru perasan ada gajah depan pintu masok. Tudiaa….bapak gajah depan mata tak perasan sebab lapaq. Maka jom ambik gambaq dengan gajah pulak.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Apa lagi…..lepas makan balik rumah le. Balik rumah mintak picit kaki. Hehehe…..(untong laaaa ada orang picit kaki) Maka habisla cite untuk hari ke 3 di Hyderabad. Esok ada satu hari lagi sebelom flight balik kami ke kl sebelah malam. Hari ke 4 ni kami nak repeat balik Charminar untuk sessi menghabiskan rupees yang ada.

Advertisements

2 thoughts on “Hyderabad The Land Of Baigan – Day 4

  1. Hahhahaa.. Hampeh gambar map tu … Ala2 pramugari dah di situ…
    Ada pembetulan tau.. Saya, Sheema dan Nowwa yg join tour dalm Golconda tu.. Sara ntah memana daaaa…
    Hahhahaa..
    Kalau bila fikir balik show mlm tu, rasa nak baling je kerusi… Hahahhaa…
    Tapi gambar kat Tomb tu awesome gila kut.. Kalau Angelina Jolie tgk pun blh nanges… Kenapa Angelina Jolie plak yg aku sebut? Hihi teringat Tomb Raider …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s