i Amsterdam (Europe 2013) – Day 2

Klik sini untuk cerita sebelom nye

Tu diaaa…..lama gile tak sambung cite amsterdam ni. Sibok buat persiapan nak sambut our little princess. So arini dah genap seminggu berpantang. Macam ada mood je nak memblog, princess dah tido, mari kita sambung cite kat Amsterdam.

Hari ni hari last kami berpoya-poya di bumi Europe. Lepas breakfast kami ambik bus pergi ke Waterlooplein flea market. Sementara Mr Pappi meninjau-ninjau apa yg menarik kat flea market tu, aku denga aril cafe kat depan flea market tu. Order kopi dengan bread, mak aiii sedap weh sebab cuaca berangin. Kena plak kopi panas, layannn je dari cafe tengok gelagat orang kat market. Pencarian Mr Pappi membuahkan hasil. Dia sambar jugak helmet yang dia tengok semalam. Dekat Waterlooplein ni cenderamata  seperti fm, keychain dan lain-lain juga boleh dapat dengan harga yang berpatutan. Kami tak sopink fm pon sebab last year dah borong sakan. Tahun ni just cuci-cuci mata je kot-kot ada benda pelik yang berkenan.

Destinasi seterusnya ke Dapperplein. Yang ni adalah salah satu flea market yang paling murah kat Amsterdam ni. Oleh kerana Amsterdam ni wishlist Mr Pappi so kami punye itinerary banyak ke flea market. Kang ada plak sentap kalau kami tak layan. Hehehe. Dari Waterlooplein kami nai tram no 9 menuju ke Diemen. Ada 5 perhentian untuk sampai ke Dapperplein. Kat pasar ni kami boleh nampak kebanyakkan pelanggan nya adalah orang Pakistan & Asia Barat. Jadi banyak makanan-makanan halal dijual. Memang murah barang-barang kat sini terutama sekali fresh flower. Jom layan gambar.

Murah gile fresh flower kat sini
Murah gile fresh flower kat sini
Kami tapau ikan celop tepong ni untuk lauk lunch kat umah. Sampai umah kami masak nasi & goreng telor dadar
Kami tapau ikan celop tepong ni untuk lauk lunch kat umah. Sampai umah kami masak nasi & goreng telor dadar
pelbagai jenis cheese ada
pelbagai jenis cheese ada
Basikal
Ada juga jual basikal

Aku sempat jugak beli selai dua baju t-shirt & sweater muqris. Range harga dalam rm 30-rm 60 selai. Ok lah tu sebab kualiti dia elok. Paling murah sarung bantal warna putih ala-ala hotel. Selai dalam dua ringgit je. Tapi kena ambik 4 helai ke atas. Aku beli 8 helai je takut beg tak muat dah nak letak barang banyak-banyak.

Hiasan di jalan raya yang baru je habis perayaan queen. Tahun depan takde dah queen day. Digantikan dengan king day sebab queen dah turunkan tahta nye dekat anak lelaki dia.
Hiasan di jalan raya yang baru je habis perayaan queen. Tahun depan takde dah queen day. Digantikan dengan king day sebab queen dah turunkan tahta nye dekat anak lelaki dia.

Ok lepas sopink-sopink kami balik ke bnb untuk lunch. Petang tu kami keluar balik. Kali ni jalan-jalan sekitar red light district & windmill yang ada berdekatan dengan Amsterdam ni. Oleh kerana last year dah pergi Zaanse Schan, so tahun ni kami jalan-jalan area Amsterdam je la. Aril pulak nak bergambar kat windmill, jadi kami cari windmill yang paling dekat kat Amsterdam ni. Jom layan lagi gambar.

Selfie kat windmill
Selfie kat windmill

us windmill-2

Campervan
Campervan

Kat red light district banyak jugak kedai-kedai jual tshirt i amsterdam dan cenderamata lain. Kat sini kami buat last sopink menghabiskan duit-duit siling. Kami masuk jugak marijuana museum, ikutkan kena bayar masa nak masuk, tapi casher takde. So kami masuk je la free. Bila casher dah ada balik kami nak bayar, dia kata takpe la, dia bagi kami masuk free. Hehe…rezeki. Yang best kat dalam museum tu ada mesin tangkap gambar yang kita boleh pilih costume-costume yang dah ada dalam mesin tu. Tinggai nak letak kepala kita je masing-masing. Lepas tu gambar-gambar tu dia email on the spot ke email kita. Best la…benda free posing la 10x pon takde sapa nak larang.

street 3

Lepas dah menggunakan sepenuhnya masuk free tu, kami jalan-jalan sepanjang canal di Red Light District ni. Makcik-makcik kat dalam-dalam cermin tu dah mula nak bukak kedai. Tapi tak secantik yang kami pernah tengok macam last year. Agaknya awal lagi kot. Yang tak berapa cantik ni meniaga awai kot. Yang cun melecun keluar meniaga tengah-tengah malam bangkali.

Senja nan merah
Senja nan merah
Dancing houses
Dancing houses

 

rose canal 2-2

Last year tak sempat nak masuk sex museum, kali ni kami sempat masuk. Harga tiket 4 euro seorang. Kat dalam sex museum ada pameran-pameran pasal teknik-teknik, peralatan-peralatan & gambar-gambar zaman dulu kala hingga lah sekarang. Nak cite lebih-lebih kang ada yang under age kat sini. So pandai-pandai le imagine. Yang Mr Pappi & Aril ni saja nak kenakan aku. Derang suruh aku duduk kat satu kerusi ni. Kerusi ni aku tengok macam kerusi panjang kat klinik atau pejabat pos tu je. So aku duduk le sebab derang kata nak tangkap gambar aku. Duduk-duduk je tiba-tiba ada satu hangin kat kerusi ni yang menujah-nujah montot. Konon ala-ala sex kat montot le. Melompat aku terkejut. Derang terkekeh-kekeh gelakkan aku. Hampehh sangat kan. Korang dua pon dah terkena la kan tu yang boleh kenakan aku. (Habis arr lepas ni sapa google sex montot sure keluar blog aku.)

Depan sex museum
Depan sex museum
Patung Marilyn Monroe. Patung ni je yang sopan kat dalam museum ni. Yang lain tu tak lepas tapisan Lembaga perfileman Malaysia
Patung Marilyn Monroe. Patung ni je yang sopan kat dalam museum ni. Yang lain tu tak lepas tapisan Lembaga perfileman Malaysia
Depan pintu masuk Sex museum
Depan pintu masuk Sex museum

Lepas melawat sex museum kami berjalan-jalan sepanjang kedai. Cadang nak singgah satu kedai cenderamata yang otw balik ke bnb, tapi dah tutop. Hampa jugak sebab harga dia murah je. Dari Sex Museum ke BNB kami kalau berjalan kaki lebih kurang 10 minit je. Sepanjang jalan tu ada banyak kedai-kedai menarik. Kedai kopi marijuana ada, supermarket ada, kedai kasut ada, so sambil berjalan ke bnb kami cuci-cuci mata.

Sampai kat umah, kami settlekan kerja-kerja basuh baju. Kat bnb ni ada dryer sekali, so apa lagi, jom mendobi & kemas beg. Esok pagi-pagi akan akan meninggalkan bumi europe. Malam ni last tido kat tilam empok ni. Derang kata our little princess ni was made in Amsterdam. Oittt….mana ada. Tak buat apa-apa pon tau malam tu. Hahaha.

Bye-bye Amsterdam. Hope to see you again...
Bye-bye Amsterdam. Hope to see you again…

 

 

2 thoughts on “i Amsterdam (Europe 2013) – Day 2

Leave a comment